POS LAJU SPEED GOLD CONTEST
    Terma & Syarat
  1. Peraduan “Pos Laju Speed Gold” ini dianjurkan sebagai penghargaan dan ganjaran kepada pelanggan setia Pos Laju. Peraduan ini terbuka kepada semua warga Malaysia termasuk kakitangan Pos Malaysia kecuali yang terlibat secara langsung dalam kempen dan keluarga mereka yang terdekat. Peserta harus mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berserta nombor yang boleh dihubungi. Peserta yang gagal mengemukakan butiran seperti yang diperlukan akan terbatal kelayakannya secara automatik.
  2. Peraduan ini bermula dari 16 Ogos 2017 hingga 30 November 2017 ("Tempoh Peraduan"). Penganjur berhak untuk melanjutkan, menukar, membatalkan atau menamatkan peraduan pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Pihak Penganjur tidak akan menanggung atau bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun untuk apa-apa kekurangan atau kerugian secara langsung atau tidak langsung yang ditanggung oleh peserta disebabkan perubahan, penyambungan, pembatalan atau penamatan peraduan ini.
  3. Penyertaan yang diterima lewat atau selepas tamat tempoh peraduan tidak layak untuk menyertai peraduan ini.
  4. Peraduan ini hanya sah untuk pembelian produk On Demand Pos Laju (Next Day Delivery, Same Day Delivery, Time Certain Service and Putrajaya Express) yang diperoleh di Pusat Pos Laju, Kiosk Pos Laju, pejabat pos, Pos Laju Go2u, Pos Laju EziDrive-Thru, Pos Mini dan Pos-on-Wheels (PoW).
  5. Pelanggan perlu mengisi borang secara atas talian di www.lajuspeedcontest.poslaju.com.my atau SMS dan perlu menyimpan resit sebagai bukti pembelian.
  6. Untuk melayakkan diri, pelanggan perlu membeli mana-mana produk On Demand Pos Laju sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit. Pelanggan perlu memasukkan nombor resit dan jumlah transaksi menggunakan laman sesawang atau SMS.
  7. Lebih tinggi jumlah pembelian, maka lebih banyak penyertaan dan lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Setiap pembelian bernilai RM50 akan dikira sebagai satu (1) penyertaan. Contoh transaksi seperti dibawah:

  8. • RM150 = 3 Penyertaan
    • RM1000 = 20 Penyertaan

  9. Tiada had penyertaan yang ditetapkan untuk menyertai peraduan ini.
  10. Borang peraduan yang lengkap hendaklah dihantar kepada kami melalui laman sesawang Pos Laju di www.lajuspeedcontest.poslaju.com.my atau SMS butiran ke 62033 pada atau sebelum tarikh dalam jadual 1 seperti dibawah. Penyertaan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

  11. Cabutan Tarikh
    Cabutan 1 (Pemenang Bulanan Istimewa Negaraku) 10 Sep 2017
    Cabutan 2 (Pemenang Bulanan) 10 Okt 2017
    Cabutan 3 (Pemenang Bulanan) 10 Nov 2017
    Cabutan 4 (Hadiah Bulanan) 10 Dis 2017
    Cabutan 5 (Hadiah Grand) 10 Dis 2017
    Cabutan 6 (Hadiah Super Grand) 10 Dis 2017
    Cabutan 7 (Hadiah Xtravaganza) 10 Dis 2017

  12. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan pemilihan secara rawak oleh sistem. Bakal pemenang akan dihubungi melalui telefon. Kegagalan untuk dihubungi dalam tiga (3) percubaan akan menyebabkan kelayakan terbatal dan bakal pemenang seterusnya akan dihubungi.
  13. Pemenang yang telah dipilih mesti menunjukkan resit asal sebagai bukti pembelian. Kegagalan untuk menyediakan salinan Resit akan menyebabkan kehilangan kelayakan dan Pihak Penganjur mempunyai hak untuk memilih pemenang berpotensi seterusnya.
  14. Bagi penyertaan melalui organisasi (syarikat, kelab dan persatuan), pihak organisasi perlu melantik atau mewakilkan individu (kakitangan/ahli) sebagai pemenang. Kegagalan berbuat sedemikian akan menyebabkan kehilangan kelayakan dan bakal pemenang seterusnya akan dipilih.
  15. Hadiah yang diberikan tidak boleh ditukar kepada hadiah yang lain dalam apa bentuk sekalipun
  16. Pihak penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  17. Hadiah mesti dituntut pada tarikh dan lokasi yang akan ditetapkan oleh pihak penganjur. Pihak penganjur mempunyai hak untuk mengambil semula hadiah sekiranya pemenang gagal menuntut hadiah dalam tempoh yang ditetapkan.
  18. Para pemenang dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan / atau program publisiti lain pada masa dan tempat yag ditetapkan oleh penganjur untuk tujuan menuntut hadiah mereka dan segala kos yang terlibat perlu ditanggung sendiri.
  19. Dengan menyertai peraduan ini, penganjur berhak untuk menerbitkan dan memaparkan nama dan alamat pemenang, gambar pemenang dan audio / atau rakaman visual bagi mana-mana media massa atau bahan pemasaran untuk tujuan pengiklanan dan publisiti tanpa notis terlebih dahulu dan / atau pampasan.
  20. Keputusan pihak penganjur berkenaan dengan peraduan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.
  21. Dengan menyertai pertandingan ini, para peserta bersetuju dan terikat dengan terma dan syarat serta keputusan yang telah ditetapkan oleh penganjur dan juga pihak juri. Pihak penganjur berhak untuk menukar atau meminda mana-mana terma dan syarat tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

    Terms & Condition
  1. “Pos Laju Speed Gold” Contest (“Contest”) is organized by Pos Malaysia Berhad (“Organizer”) and is open to Malaysia citizens including Organizer’s staff except those who are directly involved in the Contest and their immediate family members. Participant must have valid personal identification document and valid address to participate in the contest and failure to provide either of the documents would lead to disqualification.
  2. This Contest starts from 16th August 2017 until 30th November 2017 (“Contest Period”). Organizer reserves the right to extend, change, cancel or terminate the Contest at any time at its absolute discretion without prior notice. The Organizer shall not be responsible or liable in any manner whatsoever for any deficiency or loss directly or indirectly incurred by the participant due to change, extension, cancellation or termination of this Contest.
  3. Any participation received out of the Contest Period is not eligible for the Contest.
  4. The Contest is only eligible for Pos Laju’s On Demand products (Next Day Delivery, Same Day Delivery, Time Certain Service and Putrajaya Express) purchased at Pos Laju Centres, Pos Laju Kiosk, post office, Pos Laju Go2U, Pos Laju EziDrive-Thru, Pos Mini, and Pos-on-Wheels (PoW).
  5. Customer needs to complete an online form available at www.lajuspeedcontest.poslaju.com.my or SMS and is required to keep the copy of receipt as the proof of postage.
  6. To be eligible to enter the Contest, customer needs to spend at least RM50 in single receipt on On Demand product only. Customers must enter the receipt number and transaction amount using Microsite or SMS.
  7. The higher the amount spent, the more the entry, and the higher the chances to win the prizes offered. Every RM50 spent will entitle customer to one (1) entry, for example :

  8. • RM150 spent will entitle the customer with 3 entries
    • RM1000 spent will entitle the customer with 20 entries

  9. There is no limitation on the contest submissions during the Contest Period
  10. Completed Contest Forms are to be submitted to us via www.lajuspeedcontest.com or send the SMS the details and send to 62033 on or before the date in table 1. Late submissions will be not be entertained.

  11. Draw Date
    Draw 1 (Negaraku Special Winner) 10 Sep 2017
    Draw 2 (Monthly winner) 10 Oct 2017
    Draw 3 (Monthly winner) 15 Nov 2017
    Draw 4 (Monthly winner) 10 Dec 2017
    Draw 5 (Grand Prize) 10 Dec 2017
    Draw 6 (Super Xtravaganza Prize) 10 Dec 2017

  12. Winners will randomly selected by the system. Potential winner(s) will be contacted by telephone. Failure to contact the potential winner(s) in three (3) attempts will lead to disqualification and Organizer will then contact next potential winner
  13. The selected winner must provide the copy of the receipt as the proof of purchase. Failure to provide the copy of Receipt will lead to disqualification and the Organizer reserves the right to select next potential winner.
  14. For entry under organization (companies, club and association), the organization is required to nominate an individual as the winner. Failure to nominate an individual will lead to disqualification and the Organizer reserves the right to select next potential winner.
  15. The prizes are not partly or fully exchangeable to other form of prizes.
  16. The Organizer reserves the right at its sole discretion to substitute any of the Prizes with some other prizes with equal value at any time without prior notice.
  17. The prizes must be claimed on the date and location that will be stipulated by the Organizer. The Organizer reserves the right to forfeit the prizes if the winner failed to claim the Prizes within stipulated duration.
  18. Winners are required to attend the prize giving ceremony and/or other publicity programs at their own costs and expenses at the time and venue stipulated by the Organizer for the purposes of collecting their prize
  19. By participating in this Contest, Organizer reserves the right to publish and display the names and addresses of winners, photographs of winners and audio and/or visual recording for any mass media or marketing materials for advertising and publicity purposes without prior notice and/or compensation.
  20. Organizer’s decision on all matters relating to the Campaign shall be final, conclusive and binding. No further correspondence, appeals, protests or attempts to dispute the same would be entertained in any event.
  21. By participating in this Contest, the participant agrees to be bound by these terms and conditions and the decisions of the organizers and judges. The Organizer reserves the right to change or amend any part of the Terms and Conditions without prior notice


    SOALAN-SOALAN LAZIM UNTUK PERADUAN “POS LAJU Speed Gold”

    Bil. SOALAN / JAWAPAN
    S1: Apakah yang dimaksudkan dengan Peraduan “Pos Laju Speed Gold”?
    J1: Peraduan Pos Laju Speed Gold ini dianjurkan bagi menghargai dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia Pos Malaysia Berhad.
    S2: Berapa lamakah peraduan ini akan berlangsung?
    J2: Peraduan ini akan berlangsung dari 16 Ogos 2017 – 30 November 2017 (3.5 bulan)
    S3: Siapakah yang boleh menyertai peraduan ini?
    J3: Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan termasuk kakitangan Pos Malaysia kecuali kakitangan yang terlibat secara langsung dalam kempen dan keluarga terdekat mereka. Peserta mesti mempunyai maklumat dokumen pengenalan diri yang sah berserta nombor yang boleh dihubungi. Peserta yang gagal mengemukakan butiran seperti yang diminta secara automatik kelayakan akan terbatal.
    S4: Apakah produk yang terlibat di dalam peraduan ini?
    J4: Produk yang terlibat di dalam pertandingan ini hanya melibatkan produk Pos Laju On Demand sahaja:
        a)Next Day Delivery (NDD).
        b)Same Day Delivery (SDD) - Hanya di Pusat Pos Laju Sahaja.
        c)Time Certain Delivery (TCS) - Hanya di Pusat Pos Laju Sahaja.
        d)Putrajaya Express - Hanya di Pusat Pos Laju Sahaja.
    S5: Bagaimanakah cara untuk menyertai peraduan ini?
    J5: Dengan setiap RM50 pembelian produk On Demand (seperti dinyatakan di atas) dalam satu (1) resit, peserta layak untuk satu (1) penyertaan. Peserta boleh menghantar SMS atau mengisi butiran peribadi laman sesawang dan perlu menyimpan resit sebagai bukti pembelian. Lebih banyak penyertaan, lebih tinggi peluang untuk menang! Laman Sesawang Peraduan : www.lajuspeedcontest.poslaju.com.my

    SMS : Taip POSLAJU < jarak > <NAMA > <IC NO> < jarak > <NO RESIT> < jarak > <JUMLAH TRANSAKSI> to 62033

    Contoh SMS : POSLAJU ISKANDAR 881104-03-5516 41912532 100
    S6: Di manakah pelanggan boleh membuat pembelian produk prabayar Pos Laju
    J6: Produk Prabayar Pos Laju boleh diperoleh di:
        a) Cawangan Pos Laju
        b) Pusat Servis Pos Laju
        c) Kiosk Pos Laju
        d) Pejabat Pos seluruh Malaysia
        e) Pos Laju Go2u
        f) Pos Laju EziDrive-Thru
        g) Pos Mini
        h) Pos-on-Wheels
    S7: Bagaimanakah cara peraduan ini berfungsi?
    J7: Semua penyertaan akan dikumpul pada akhir setiap bulan sepanjang tempoh peraduan untuk memilih Pemenang Bulanan dan “Cabutan Istimewa Negaraku” (sekali sahaja). Pemenang Hadiah Xtravaganza, Super Grand Prize, Grand Prize akan dipilih selepas akhir tempoh peraduan. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan sistem pemilihan rawak.
    S8: Bagaimanakah caranya untuk saya meningkatkan peluang untuk menang?
    J8: Peserta boleh meningkatkan peluang untuk menang dengan membeli lebih banyak produk prabayar Pos Laju di sepanjang tempoh peraduan ini. Lebih banyak pembelian, lebih tinggi peluang untuk menang.
    Setiap transaksi yang bernilai RM50 melayakkan pelanggan untuk satu (1) penyertaan. Contoh transaksi seperti dibawah:
       a) RM150 = 3 Penyertaan
       b) RM1000 = 20 Penyertaan
    S9: Apakah hadiah-hadiah yang ditawarkan bagi peraduan ini?
    J9: Hadiah terbahagi kepada 5 kategori:
       1x Cabutan Istimewa Negaraku (sekali sahaja)
          • 1 Gelang Aurora dan 2 Charms bernilai RM2,444.
          • Satu (1) pemenang akan dipilih secara rawak bersempena dengan “Hari Merdeka”

       1x Hadiah Xtravaganza :
          • 50g ArRahnu Gold Bars 999.9 bernilai RM12,500
          • 1 Tahun Perlindungan Insuran Hayat bernilai RM5,000
          • 3 Hari 2 Malam pakej percutian di Ancasa Royale Pekan bernilai RM1,000

       3x Hadiah Super Grand :
          • 30g ArRahnu Gold Bars 999.9 bernilai RM7,500
          • 1 Tahun Perlindungan Insuran Hayat bernilai RM5,000
          • 3 Hari 2 Malam pakej percutian di Ancasa Royale Pekan bernilai RM1,000

       5x Hadiah Grand :
          • 20g ArRahnu Gold Bars 999.9 bernilai RM5,500.
          • 1 Tahun Perlindungan Insuran Hayat bernilai RM5,000.

       70x Hadiah Bulanan (untuk 3 bulan):
          • 1g ArRahnu Gold Bars 999.9(Edisi Terhad) bernilai RM250
          • 1 Tahun Perlindungan Insuran Hayat bernilai RM5,000.
          • Cabutan akan dibuat pada:
               1. Oktober 2017
               2. November 2017
               3. Disember 2017
    S10: Bagaimanakah Pemenang akan dipilih?
    J10: Pemenang akan dipilih secara rawak oleh sistem, bakal pemenang akan dihubungi melalui telefon untuk mengesahkan maklumat diri. Kegagalan untuk menghubungi bakal pemenang dalam tiga (3) kali percubaan akan menyebabkan kelayakan terbatal.
    S11: Bolehkah saya memenangi peraduan ini lebih daripada sekali?
    J11: Ya, pemenang yang sama layak untuk memenangi lebih daripada sekali dengan mengemukakan penyertaan baharu bagi setiap bulan berikutnya, namun penyertaan yang telah dipilih untuk pemenang bulanan akan hilang kelayakan untuk Hadiah Bonanza, Hadiah Utama dan Hadiah Saguhati
    S12: Bilakah pengumuman pemenang akan dibuat?
    J12: Bagi pemenang bulanan, pengumuman akan dibuat pada minggu kedua bulan berikutnya. Manakala untuk Hadiah Xtravaganza, Hadiah Super Grand dan Hadiah Grand, pengumuman akan dibuat dalam masa tiga (3) minggu selepas peraduan tamat. Pengumuman akan dibuat melalui laman sesawang Pos Malaysia dan juga Facebook Pos Malaysia
    S13: Adakah penyertaan melalui organisasi (syarikat, kelab dan persatuan) layak untuk memenangi peraduan ini?
    J13: Bagi penyertaan melalui organisasi (syarikat, kelab dan persatuan), pihak organisasi perlu melantik atau mewakilkan individu (staf) sebagai pemenang.
    S14: Adakah hadiah boleh ditukar kepada bentuk atau hadiah yang lain?
    J14: Hadiah yang diberikan tidak boleh ditukar kepada bentuk hadiah yang lain.
    S15: Bagaimanakah pemenang menebus hadiah sebaik sahaja ia diumumkan sebagai pemenang?
    J15:  a. Kaedah Tuntutan Hadiah Bulanan.
    • Pos Laju akan menghubungi pemenang untuk menuntut hadiah. Kegagalan untuk dihubungi atau kegagalan mengesahkan maklumat peribadi akan menyebabkan peserta kehilangan kelayakan dan pemenang sandaran akan dipilih.

     b. Hadiah Xtravaganza / Hadiah Super Grand / Hadiah Grand.
    • Majlis penyampaian hadiah akan dianjurkan oleh Pos Malaysia selepas peraduan berakhir yang mana akan diumumkan kelak. .


    GENERAL FAQ FOR POS LAJU SPEED GOLD CONTEST

    Bil. QUESTION / ANSWERS
    Q1: What is the Pos Laju Speed Gold Contest??
    A1: The Pos Laju Prepaid Craze contest is organised by Pos Malaysia Berhad as an appreciation and reward scheme for our loyal customers.
    Q2: How long is the contest period?
    A2: The contest will run from 16 August 2017 – 30 November 2017 (3.5 Months).
    Q3: Who can participate in this contest?
    A3: This contest is open to all Pos Laju walk-in customers including Pos Malaysia staff, except for those who are directly involved in the campaign and their immediate family members. Contestant must have a valid Identification document and contact information in order to participate. Failure to provide as such will lead to disqualification.
    Q4: What are the Pos Laju products applicable for the entry of this contest?
    A4: The contest is only applicable to the purchase of Pos Laju On Demand products only:
        a)Next Day Delivery (NDD).
        b)Same Day Delivery (SDD) – Available at Pos Laju Centres only
        c)Time Certain Delivery (TCS) - Available at Pos Laju Centres only.
        d)Putrajaya Express - Available at Pos Laju Centres only
    Q5: What do I have to do to participate in this contest?
    A5: With every RM50 worth of purchase of Pos Laju On Demand product (abovementioned) in a single receipt, customer will be entitled to one (1) entry. Customer can either send SMS to participate or complete the entry form at the contest microsite. Customer needs keep the copy the receipt as a proof of purchase.

    Contest Microsite : www.lajuspeedcontest.poslaju.com.my

    SMS : Type POSLAJU< space > <NAME> < space > <IC NO> < space > <RECEIPT NO> < space > <AMOUNT> to 62033

    SMS Sample : POSLAJU ISKANDAR 881104-03-5516 41912532 100
    Q6: Where can I purchase the Pos Laju Prepaid Products?
    A6: The eligible touchpoints are as follows:
        a) Pos Laju Centres
        b) Pos Laju Kiosk
        c) Post Offices
        d) Pos Laju Go2U
        e) Pos Laju EziDrive-Thru
        f) Pos-on-Wheels (POW)
        g) Pos Mini
    Q7: How does the contest works?
    A7: All entries will be tabulated at the end of the every month throughout the contest period to select the Monthly Prize Winners. The winners of the Bonanza Prize, Grand Prize and Consolation Prize will be selected after the end of contest period. Selection of winners are based on a random selection system.
    Q8: How do I increase my chances of winning?
    A8: Contestant can increase their chances of winning by purchasing more Pos Laju Prepaid products. The higher amount spent, the higher the chances to win the prizes offered.
    Every RM50 transaction amount will be consider as 1 (one) entry. Example entry as per below:
       a) RM150 = 3 entries
       b) RM1000 = 20 entries
    Q9: What are the prizes offered?
    A9: The prizes are divided into five (5) categories:
       1 x Negaraku Special Draw (one time only)
          • 1 Aurora bracelet and 2 charms worth RM2,444.
          • One (1) winner will be selected randomly in conjunction with the National Day.

       1 x Xtravaganza Prize
          • 50g ArRahnu Gold Bars 999.9 worth RM12,500.
          • 1 year Pos Life Insurance protection worth RM5,000.
          • 3 Days 2 Nights holiday package at Ancasa Royale Pekan worth RM1,000.

       3 x Super Grand Prize
          • 30g ArArahnu Gold Bars 999.9 worth RM7,500.
          • 1 year Pos Life Insurance protection worth RM5,000
          • 3 Days 2 Nights holiday package at Ancasa Royale Pekan worth RM1,000

       5 x Grand Prize x 5
          • 20g ArArahnu Gold Bars 999.9 worth RM5,000
          • 1 year Pos Life Insurance protection worth RM5,000

       70 x Monthly Prizes (for 3 months)
          • 1g ArRahnu Gold Bars 999.9 (limited edition) worth RM250
          • 1 year Pos Life Insurance protection worth RM5,000
          • The draws will be on:
              1. October 2017
              2. November 2017
              3. December 2017
    Q10: How does Pos Malaysia determines the winners?
    A10: Selection of winners are based on a random selection system. Potential winner(s) will be contacted by telephone for verification. Failure to contact potential winner(s) in three (3) attempts will lead to disqualification and Organizer will then contact the next potential winner(s).
    Q11: Am I eligible to win the contest more than one time?
    A11: Yes, winners are eligible to win more than once by submitting new entries for each of the following month. However, entries that have been selected as Monthly Prize Winners are no longer eligible to win the Xtravaganza Prize, Super Grand Prize and Grand Prize.
    Q12: When will Pos Malaysia announce the winners?
    A12: For Merdeka Special Draw & Monthly winners, the announcement will be made on the second weeks on the following month. For Bonanza Prize / Grand Prize / Consolation Prize winners, announcement will be made in three (3) weeks’ time after the contest period. Announcement will be made via Pos Malaysia’s official websites & social media channels.
    Q13: Are entries under organization (SME / Sole proprietor / Non individual) win the contest?
    A13: For entry under organization (SME / Sole proprietor / Non individual), the organization is required to nominate an individual (staff or member) as the winner.
    Q14: Can I exchange the prizes into other form of prize?
    A14: The prizes are not partly or fully exchangeable to another form of prizes.
    Q15: How do winners redeem the prizes as soon as they are announced as winners?
    A15:  a. Monthly Prize / Negaraku Special Draw
    • Pos Laju will contact the winners to collect their prizes at selected Pos Laju Centres only. Failure to contact or verify the personal information will lead to disqualification of the winner and another round of winner selection will take place.

     b. Xtravaganza Prize / Super Grand Prize / Grand Prize
    • Prize giving ceremony will be organized by Pos Malaysia. The event will be held after the campaign ended which will be announced on a later date.